Sunday, July 1, 2012

KADAR HARGA PENGGUNAAN KEMUDAHAN DI KOMPLEKS



*sila klik gambar untuk lebih jelas*

Gambar di atas adalah senarai harga bagi kemudahan penginapan dan kemudahan lain di kompleks. Boleh di buat rujukan untuk perancangan kewangan sekiranya ingin melaksanakan apa - apa program di Langkawi.

Sunday, May 29, 2011

KURSUS JURULATIH TAHAP I:siri kedua

Pada 17 may hingga 23 mei yang lalu kursus jurlatih tahap 1 siri kedua sukan pelayaran telah diadakan.
Selain kelas teori di dalam kelas, latihan praktikal turut diadakan bagi mengukuhkan pelajaran yang di ajar.


pilih bot

 pilih peralatan berkaitan

Tarik bot untuk di pasang 

Peralatan bot sedia untuk di pasang 



1, 2, 3..... siapkan bot untuk belayar




Secara keseluruhan kursus ini berjalan lancar dengan jayanya walaupun ada peserta yang terpaksa menarik diri pada saat saat akhir.Semua peserta kursus memberi perhatian dan mengambil bahagian setiap aktiviti yang dilaksanakan. Semoga lebih banyak kursus seperti ini akan dijalankan pada masa akan datang di sini.

AKTIVITI GOTONG ROYONG

Aktiviti gotong royong telah diadakan pada 12 Mei yang lalu.
Gotong royong dijalankan bertujuan membersihkan rumput di kawasan kumbahan dan menyusun bot bot yang berada disekitar kompleks agar memudahkan kerja kerja menyelenggara oleh tukang kebun.
Kakitangan Persatuan Pelayaran Malaysia turut menghulur bantuan semasa kerja kerja ini dilaksanakan.
















biarpun agak terlewat di update... terima kasih daun keladi... buat semua yang membantu.


Wednesday, May 11, 2011

KEMUDAHAN: BILIK PENGINAPAN

Sebagai pusat latihan sukan perahu layar di Malaysia, Kompleks sukan pelayaran menyediakan penginapan untuk para pelayar yang menjalani latihan di sini secara sepenuh masa.

Terdapat 2 jenis bilik penginapan yang disediakan iaitu bilik 2 katil dan bilik 4 katil yang selesa.

Berikut adalah kemudahan bilik yang disediakan kepada para atlet Malaysia




Setiap bilik dilengkapi dengan meja belajar dan bilik mandi.





Tuesday, April 12, 2011

KURSUS JURULATIH TAHAP I

Pada minggu ini akan berlangsung Kursus Jurulatih Tahap I bermula dari 12 April sehingga 17 April.

Kira kira 40 orang peserta dari seluruh negara menyertai kursus ini


Peserta sedang tekun mendengar kursus

Tuesday, April 5, 2011

KOMPLEKS SUKAN PELAYARAN.... update1

sudah lama blog ini ditinggalkan
kekangan masa dan penulis blog yang masih terkial kial belajar perkara baru berkaitan blog menyebabkan blog ini "tersadai" sekejap

Kompleks sukan pelayaran ini terletak di KUAH Langkawi.
Bagi pengunjung yang datang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi masa yang diambil kira kira 20minit untuk sampai kesini. kos tambang teksi RM26.
Sekiranya perjalanan dari Jetty Point pula mengambil masa kurang dari 10minit untuk sampai. kos tambang teksi pula antara RM8-RM10.

GAMBAR di diedit dari GOOGLE MAPS
Bagaimana untuk sampai kesini?
Jika perjalan bermula dari jetty, arah yang perlu di tuju adalah jalan ke Lapangan Terbang Padang Matsirat.
Kompleks Sukan Pelayaran terletak di simpang menuju ke bangunan Century Suria Condominium,iaitu persimpangan kecil antara Bangunan Langkawi Parade-Hotel Grandcontinental  dan Setesen minyak Shell
Tanda utama yang perlu diperhatikan selepas Hotel Grandcontinental adalah MEDAN SELERA dan papantanda ke Kompleks yang berwarna kuning.
Pada masa ini, terdapat pembinaan sedang dijalankan.
Bangunan kompleks terletak di penghujung jalan tersebut

Friday, November 5, 2010

ALAMAT SURAT MENYURAT/address


MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan
07000 Kuah
Langkawi Kedah
Tel: 04-9660977
Fax: 04-9660976

update